widgets

Sunday 4 May 2014

Kata Kerja

Kata kerja boleh dibahagikan kepada

kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif

Kata kerja digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan.


Kata Kerja Transitif:

mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang sempurna.

Bentuk-bentuknya:



  • kata dasar - makan, minum, 
  • imbuhan awalan dan apitan - membaca, menulis


Kata Kerja Tak Transitif

tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya.

Bentuk-bentuknya:



  • kata dasar - koyak, bocor
  • imbuhan awalan dan apitan - bermain, berlari
  • imbuhan awalan men- - mendarat

LATIHAN

1.   Kain di dalam baldi itu belum ____,


      A.  berbasuh              C.   bekerja


      B.   berjalan                D.  berendam


2.   Halim ___ kerana kakinya terkena paku.


      A.  memasak               C.   menangis


      B.   membasuh             D.  merajuk


3.   Lim dan kawan-kawannya ___ bola sepak di padang.


      A.  berbuat                C.   bermain


      B.   berpaling              D.  berebut


4.       Isma membantu ayahnya __ kotak-kotak lama itu untuk dikitar semula.


      A.  mengutip              C.   mengirim


      B.   menghantar                D.  menerima


5.   Ghani ____ perlawanan tenis hingga larut malam.


      A.  membuat               C.   menonton


      B.   menelan                D.  memaki


6.       Air Milo yang tumpah itu ____  di atas lantai.


      A.  menitik                 C.   merenjis


      B.   merejam               D.  menyiram


7.       Polis ___  rumah lelaki yang disyaki terlibat dalam kes itu.


      A.  mengemas             C.   menggeledah


      B.   menggelepar               D.  menyemak




8.   Doktor Talib sedang __ pesakitnya.


      A.  merawat               C.   memberkas


      B.   melawat                D.  menyabit




9.       Pak Cik Kasim ___  di atas sofa kerana keletihan.


      A.  tertidur               C.   terkejut


      B.   terperanjat                D.  tersentak




10.     Para penonton ___ sebaik sahaja penyanyi pujaan mereka mendendangkan lagu.


      A.  menangis               C.   bersorak


      B.   menjerit               D.  memaki

LATIHAN KATA KERJA

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah.

1.  Lawatan seorang wakil rakyat ke Kampung Tebakang telah……………………………. ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
      A. dibatalkan                B. dimansuhkan                 C. ditunda           D. disemak

2.  Kakak sedang …………………………….. barang-barang tembaga yang dibeli oleh ayah dari negara China.
      A.  menyapu                                B.  menggosok  C.  menjilat         D.  mengilap

3.  Jalur Gemilang …………………megah sewaktu lagu Negaraku ……………………………………..
      A.  berterbang…..disembahkan           B.  berhembus….. disiarkan
      C.  berkibar…….dinyanyikan             D.  berjurai……   dilafazkan

4.  Wanita tua itu ……………………….. bakul sayur sewaktu pulang dari pasar.
      A.  menatang               B.  mengandar     C.  mengepit    D.  menjunjung

5.  Ibu menyuruh kakak …………………………….. nasi untuk  makan malam.
        A.  menanak               B.  menjerang    C.  merebus        D.   mereneh

6.  Pekerja-pekerja itu sedang melakukan kerja-kerja………………………. lantai dengan simen.
      A.  merata                     B.  menurap       C.  menampal    D.  menampung

7.    Lee Ping agak gementar kerana akan…………………………….. pembedahan kaki  pada hari esok.
        A.  memasuki             B.  merasai          C.  mengikuti      D.  menjalani

8.    Artis terkenal itu sedang………………………………di bilik persalinan sebelum persembahan bermula.
        A.  berbedak              B.  berdodoi       C.  berdandan    D.  berkubang
Soalan Kuiz Tahap 1


 1.   Kain di dalam baldi itu belum ____,


      A.  berbasuh              C.   bekerja


      B.   berjalan                D.  berendam


2.   Halim ___ kerana kakinya terkena paku.
      A.  memasak               C.   menangis


      B.   membasuh             D.  merajuk


3.   Lim dan kawan-kawannya ___ bola sepak di padang.
      A.  berbuat                C.   bermain


      B.   berpaling              D.  berebut


4.       Isma membantu ayahnya __ kotak-kotak lama itu untuk dikitar semula.
      A.  mengutip              C.   mengirim


      B.   menghantar                D.  menerima


5.   Ghani ____ perlawanan tenis hingga larut malam.
      A.  membuat               C.   menonton


      B.   menelan                D.  memaki


6.       Air Milo yang tumpah itu ____  di atas lantai.
      A.  menitik                 C.   merenjis


      B.   merejam               D.  menyiram


7.       Polis ___  rumah lelaki yang disyaki terlibat dalam kes itu.
      A.  mengemas             C.   menggeledah


      B.   menggelepar               D.  menyemak




8.   Doktor Talib sedang __ pesakitnya.


      A.  merawat               C.   memberkas


      B.   melawat                D.  menyabit




9.       Pak Cik Kasim ___  di atas sofa kerana keletihan.


      A.  tertidur               C.   terkejut


      B.   terperanjat                D.  tersentak




10.     Para penonton ___ sebaik sahaja penyanyi pujaan mereka mendendangkan lagu.


      A.  menangis               C.   bersorak


      B.   menjerit               D.  memaki




11.  Sila susun semula surat khabar itu selepas kamu ___ (menonton/menyaksikan/membaca)nya.




12.     Ayah ___ (memberus/menbalun/menggosok) longkang dengan sebatang berus.




13.     Kapal terbang itu akan ___ (mendarat/menurun/menaiki) tidak lama lagi.




14.     Kasut sukan yang baharu ___ (dibeli/dibuat/dicuci) itu dijemur di tempat yang panas.

Wednesday 12 February 2014

MARI MEMBUAT LATIHAN


Bahasa Malaysia tahun 1 – Latihan


Keluarga Saya






















Ini keluarga Aiman. Keluarga Aiman terdiri daripada enam orang. Aiman ada dua orang abang dan seorang adik perempuan. Aman dan Aidil ialah abang Aiman. Manisah adik perempuan Aiman.  
Nama ayah Aiman, Encik Roslin bin Darus. Ayah Aiman seorang pegawai polis. Nama ibu Aiman ialah Puan Aminah binti Dollah. Ibu Aiman seorang guru.


Latihan  A.

Lengkapkan ayat yang diberi berdasarkan petikan di atas.

Nama saya ialah ______________________________.
Saya ada dua orang____________ dan __________
adik. Nama abang saya___________________ dan ______________. Nama adik saya________________.
Nama ibu saya ialah___________________________.
Nama bapa saya ialah ________________________.
Ayah saya seorang ________________ dan ibu saya
seorang ______________.




Latihan B.
Jawb solan kefahaman. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Siapakah nama abang Aiman?
    a. Amin dan Aman
    b. Aman dan Aidil
2. Siapakah nama adik perempuan Aiman?
    a. Mariam
    b. Manisah
3. Berapa orangkah ahli keluarga Aiman?
    a. enam
    b. tujuh
4. Apakah pekerjaan ibu Aiman?
    a. guru
    b. polis
5. Ayah Aiman seorang_______________
    a. posmen
    b. polis


Latihan C.

Tanda ( / ) pada kata nama am diberi.

Aiman

polis


ibu

Aidil


pegawai polis

Puan Aminah


taman bunga

Taman Melati


Sang Bedal

buaya


sungai

Kota Tinggi